Tutup

Kerajaan komited tambah baik SOSMA - Muhyiddin

Kerajaan tidak akan memansuhkan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau SOSMA, sebaliknya akan melakukan beberapa pindaan untuk menambahbaik undang-undang itu. Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata keputusan itu merupakan pendirian tetap Pakatan Harapan, dan telah pun dimaklumkan dalam sidang Parlimen beberapa kali sebelum ini.