Video  |  Malaysia

Kerajaan mahu wujudkan lebih banyak kawasan hijau di seluruh negara

Kerajaan merancang mewujudkan lebih banyak kawasan hijau di seluruh negara sebagai usaha menghidupkan pemandangan hijau di bandar selain dapat menarik lebih ramai lagi pengnjung ke negara. Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, kerajaan telah meminta pihak khazanah nasional berhad untuk meninjau dari bandar ke bandar bagi mengenalpasti potensi untuk membangunkan projek berkenaan.