Kerajaan Melaka akan siasat perbelanjaan BN tidak masuk akal

Kerajaan negeri Melaka akan menyiasat perbelanjaan tidak masuk akal yang berlaku semasa pemerintahan Barisan Nasional sebelum ini. Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong menegaskan, antara perbelanjaan yang akan disiasat termasuk kerja naik taraf dan penambahbaikkan kediaman rasmi Ketua Menteri di Seri Bendahara dari tahun 2013 hingga 2017 yang mencecah RM2.2 juta.