Tutup

Kerajaan membuat pindaan cuti 90 hari secara melulu - MTUC

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) kesal kerana Kementerian Sumber Manusia tidak membincangkan mengenai cuti bersalin 90 hari, dengan Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan, sebelum dibentangkan pada Belanjawan 2020. Menurut Setiausaha Agung MTUC, J Solomon, keadaan ini menjadi perdebatan kerana kementerian tidak mendapatkan pandangan daripada MTUC, terlebih dahulu.