Tutup

Kerajaan negeri Perak pastikan harga rumah terkawal dan mampu milik

Kerajaan negeri Perak sentiasa memastikan harga perumahan di negeri ini terkawal dan mampu dimiliki semua penduduk mengikut kemampuan masing-masing. Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abd Kadir, berkata kemunculan segelintir pihak terutama pada musim pilihanraya umum (PRU) membuat dakwaan kerajaan langsung tidak mempedulikan nasib rakyat berkaitan pemilikan rumah adalah tidak benar.