Tutup

Kerajaan negeri sahut saranan PM untuk perbanyak tanaman sayur

Kerajaan negeri Kedah kini sedang mengenal pasti bangunan terbiar di Pulau Langkawi untuk dijadikan pusat tanaman sayur-sayuran secara hidroponik dan akuaponik. Ini bagi memenuhi permintaan tinggi dari industri perhotelan di pulau itu selain untuk mengurangkan kebergantungan sumber dari negara jiran.