Kerajaan perhebat Kempen Beli Barangan Malaysia

Kerajaan akan memperhebat Kempen Beli Barangan Malaysia dengan meningkatkan promosi produk usahawan tempatan ke peringkat antarabangsa. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dah Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ia termasuk peranan untuk menasihati usahawan tentang kawalan kualiti, pengeluaran termasuk urusan lesen dan aduan.