Kerajaan perlu dengar dan bantu NGO - Presiden PEKA

Banyak lagi yang boleh dilakukan oleh pihak kerajaan berkaitan dengan usaha memelihara alam sekitar. Namun bagi Presiden Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA), Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil kerajaan hari ini perlu mendengar dan membantu pihak NGO yang memperjuangkan isu alam sekitar.