Tutup

Video  | 

Kerajaan perlu terlibat dengan UNHCR untuk tentukan status pelarian

Kerajaan kini perlu melibatkan diri dalam urusan menentukan status pelarian pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai pelarian (UNCHR), kata Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Sewaktu Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat hari ini, Ahli Parlimen Pagoh itu berkata, penglibatan kerajaan perlu kerana ia turut melibatkan soal keselamatan dan ketenteraman awam di negara ini.