Kerajaan perlu tumpu pembangunan Islam, bukan isu 'Sajat'

Kerajaan disaran memberi fokus kepada pengurusan negara dan masyarakat serta mengangkat syiar Islam. Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata isu seks songsang LGBT, mazhab dan lainnya bukan tanggungjawab tunggal kerajaan sebaliknya isu-isu tersebut boleh dilakukan oleh golongan agamawan seperti ustaz dan ustazah.