Kerajaan persekutuan pertimbang biayai PIP

Kerajaan persekutuan sedia memberi pertimbangan sekiranya kerajaan Pulau Pinang membuat permohonan untuk memohon dana bagi meneruskan projek Pelan Induk Pengangkutan (PIP) negeri. Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata pihaknya akan meneliti permohonan kerajaan pulau pinang terlebih dahulu sebelum sebarang pengumuman dibuat.