Kerajaan pertimbang subsidi tidak langsung untuk graduan muda

Kerajaan sedang mengkaji cadangan pihak yang meminta subsidi tidak langsung untuk membantu meningkatkan pendapatan sampingan kepada golongan graduan muda. Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, ia sekali gus menjadi alternatif penyelesai masalah kebanjiran pekerja asing di dalam negara.