Tutup

Kerajaan peruntukkan RM1 juta baik pulih rumah kesedar

Kerajaan pusat peruntukkan RM1 juta untuk baik pulih 100 buah rumah penduduk di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Lebir, Gua Musang, Kelantan. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paloh, Datuk Nozula Mat Diah maklumkan peruntuhan khas itu bagi membantu penduduk di kawasan pedalaman yang mendiami rumah usang dan tidak selamat.