Kerajaan PH perlu tunai janji untuk memenangi hati rakyat Sarawak

Kerajaan Pakatan Harapan punya peluang untuk memenangi hati rakyat Sarawak sekiranya menunaikan janji termasuk melaksanakan projek-projek infrastruktur yang telah dibatalkan sebelum ini. Jika tidak, menurut Penganalisis Politik Sarawak Prof Madya Dr Jeniri Amir kegagalan meneruskan projek infrastruktur itu dilihat seolah-olah menghukum dan ia dikhuatiri diterjemahkan rakyat Sarawak dalam bentuk undi pada Pilihan Raya Negeri akan datang.