Kerajaan puas hati indeks jenayah turun

Kerajaan berpuas hati akan kecemerlangan Polis Diraja Malaysia PDRM susulan penurunan 11.9 peratus indeks jenayah di negara ini pada 2018 berbanding tahun sebelumnya. Menurut Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerajaan prihatin akan tugas kepolisian yang semakin mencabar dalam menangani jenayah kompleks serta ancaman militan. Perkara itu dinyatakan Perdana Menteri pada Sambutan Hari Polis ke-212 di PULAPOL. Laporannya bersama Fareez Azman di talian.