Kerajaan Pulau Pinang - Isu PPR Taman Manggis selesai dengan baik

Kerajaan Negeri Pulau Pinang menawarkan kediaman alternatif iaitu rumah kos rendah menerusi kaedah sewa beli dan rumah kos sederhana sebagai jalan penyelesaian buat enam penyewa Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Manggis di Jalan Zainal Abidin yang diusir minggu lalu.