Kerajaan Pulau Pinang umum bonus RM1000 kepada penjawat awam

Ini pula berita baik bagi penjawat awam dan tenaga pengajar di Pulau Pinang. Ketua Menterinya Chow Kon Yeow dalam pembentangan Belanjawan Pulau Pinang 2019 hari ini mengumumkan pemberian bonus setengah bulan gaji atau RM1000 kepada penjawat awam di negeri itu. Pemberian bonus itu bermula Disember depan.