Kerajaan pusat hapus pinjaman kepada kerajaan negeri

Kerajaan persekutuan bersetuju untuk menghapuskan pinjaman yang diberi kepada kerajaan negeri bagi projek bekalan air luar bandar pada 2001 dan ke atas. Di masa akan datang, projek bekalan air luar bandar tidak lagi dibiayai dalam bentuk pinjaman mudah kerajaan persekutuan tetapi diperuntukkan dalam bentuk geran di bawah kawal selia Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Pengumuman ini dibuat pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kewangan Negara.