Kerajaan pusat lulus RM1.4 bilion untuk pembangunan Kelantan

Lima projek pembangunan akan diberi keutamaan di Kelantan. Ia termasuk menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa melibatkan peruntukan RM450 juta. Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata kerja naik taraf dijangka akan akhir tahun ini.