Kerajaan Sabah setuju lulus projek pembangunan tempoh 24 jam

Berita baik untuk pemaju perumahan dan bangunan komersil di Negeri Sabah. Pemaju perumahan dan bangunan komersil di negeri di bawah Bayu itu tidak lagi perlu resah menunggu kelulusan pelan pembangunan kerana kerajaan negeri sudah berjanji, semua pelan pembangunan yang diserahkan akan diluluskan dalam tempoh 24 jam!. Pengumuman penting terbabit diumumkan sendiri oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Jaujan Sambakong.