Kerajaan Selangor kaji semula kutipan 20 sen beg plastik

Kerajaan Selangor sasar kutip sendiri bayaran caj 20 sen penggunaan beg plastik melalui pihak berkuasa tempatan pbt bermula 1 Januari tahun depan. Exco Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Hal Ehwal Pengguna, Sains, Teknologi dan Inovasi Hee Loy Sian berkata, buat masa ini pihaknya sedang mengkaji mekanisme terbaik bagi pelaksanaan kutipan itu sebelum sebarang keputusan dibuat.