Tutup

Kerajaan setuju bina RTS, tapi Tun M masih tak puas hati

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan walaupun Malaysia bersetuju meneruskan projek Rapid Transit System (RTS) Link, ia tidak akan mampu menyelesaikan masalah kesesakan di tambak Johor. Beliau berkata, Malaysia melihat penyelesaian jangka panjang yang paling sesuai adalah dengan pembinaan jambatan baharu untuk menghubungkan kedua-dua negara itu.