Tutup

Kerajaan teliti isu kemiskinan secara lebih mikro

Kerajaan akan meneliti isu kemiskinan secara lebih mikro berdasarkan kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11). Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dr. Mohd Radzi Md Jidin berkata berdasarkan Indeks Kemiskinan Pelbagai Dimensi - MPI RMk11, wujud keperluan untuk mengkaji semula bukan sahaja Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK), tetapi juga dalam pelbagai aspek lain.