Tutup

Kerajaan Terengganu akan terus runding walaupun masa semakin suntuk

Kerajaan Negeri Terengganu akan terus mengadakan rundingan dengan pihak Malaysia Rail Link Sdn. Bhd. (MRL) bagi memastikan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang bakal dilancarkan pada 26 Julai depan memenuhi keperluan Kerajaan Negeri. Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata antara perkara yang akan dibincangkan melibatkan jumlah stesen bagi jajaran baharu yang berkurang kepada enam berbanding jajaran lama... Lapan stesen.