Tutup

Kerajaan tidak akan tunduk desakan haramkan Grab

Kerajaan tidak akan tunduk terhadap desakan pemandu teksi yang mahu perkhidmatan syarikat e-hailing yang guna kereta persendirian, khususnya Grab diharamkan. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menegaskan isu itu perlu dilihat dengan lebih menyeluruh, bukan hanya menerusi pandangan pemandu teksi malah perlu dilihat daripada perspektif penumpang.