Tutup

Kerajaan tidak bercadang beli pesawat baharu ganti aset TUDM

Kerajaan tidak bercadang membeli pesawat baharu bagi menggantikan aset udara milik tentera Udara Diraja Malaysia, TUDM yang sudah lama digunakan di negara ini. Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pesawat pejuang dan helikopter milik TUDM didapati masih mampu beroperasi dalam keadaan baik kerana diselenggara secara rapi sehingga boleh digunakan lebih lama.