Kerajaan timbang cadangan bawa pekerja asing dari Afrika

Kerajaan menimbangkan cadangan untuk mengambil pekerja asing dari negara-negara Afrika untuk menampung kekurangan pekerja dalam sektor perladangan. Kekurangan itu berlaku apabila kebanyakan pekerja dari negara-negara seperti Indonesia dan Vietnam tidak mahu lagi datang kerana gaji minima yang ditawarkan hampir sama di negara mereka.