Kerajaan tubuh badan khas bagi pantau hala tuju ekonomi negara - Tun M

Kerajaan Persekutuan akan menubuhkan satu badan khas bagi meneliti dan menentukan keputusan berkenaan ekonomi negara, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau berkata, perkara itu telah diputuskan melalui Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan yang beliau pengerusikan di pada Jumaat yang mana badan itu akan mempunyai fungsi yang sama seperti majlis tindakan ekonomi negara.