Tutup

Kerajaan tubuh jawatankuasa kaji sistem monopoli

Kerajaan menubuhkan sebuah jawatankuasa pasukan petugas khas yang akan menilai isu berkaitan sistem monopoli dalam pemberian tender kerajaan. Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad berkata selain kementeriannya, dua lagi kementerian lain iaitu Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta Kementerian Pengangkutan turut menyertai jawatankuasa itu.