Kerajaan yakin kawal sendiri ruang udara

Malaysia yakin boleh mengawal sendiri ruang udaranya yang ketika ini diwakilkan di bawah jagaan Singapura sejak 45 tahun lepas. Menurut Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook, kerajaan telah sedia dari segi teknikal, terutamanya dalam pembinaan fasiliti.