Kerana Harumanis, ramai orang 'shopping' Raya di Perlis

Kerana tempias mempelam Harumanis, bazar raya di seluruh Perlis menerima kunjungan 'luar biasa'. Tidak seperti tahun sebelumnya, jualan pakaian raya tahun ini 'menjadi' dengan jualan diandaikan meningkat hingga 80 peratus, berbanding beberapa tahun lepas. Malah ada peniaga yang sudah empat kali menambah bekalan.