Kerana rokok, warga asing ugut bakar stesen minyak

Pengguna di sebuah stesen minyak di Bandar Chukai, Kemaman, Terengganu gempar apabila seorang warga Bangladesh yang dipercayai mabuk bertindak cuba membakar stesen minyak pada malam Rabu. Dalam kejadian kira - kira jam 9.30 malam itu warga asing yang berusia lingkungan tiga puluh an dikatakan berang selepas ditegur oleh orang ramai kerana hendak menyalakan sebatang rokok di stesen minyak berkenaan.