Kereta ASEAN: Saya mahu jadi pertama beli 1000 unit - Dubes

Pengalaman Malaysia dalam projek membangunkan kereta nasional perlu dijadikan peluang buat Kuala Lumpur dan Jakarta dalam merealisasikan usaha ke arah mewujudkan "kereta ASEAN". Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Rusdi Kirana berkata masalah utama yang dihadapi kedua-dua buah negara ialah perbezaan mata wang dan kebergantungan kepada import.