Kereta terbabas, dua beranak maut

Dua beranak maut selepas terbabas dalam satu kemalangan di Jalan Sungai Berembang, Simpang Empat, Perlis. Kemalangan pada kira-kira 1 petang itu mengorbankan seorang wanita bersama anak bongsunya yang berusia 3 tahun. Kereta Perodua Kelisa yang dinaiki enam beranak itu, terbabas ke bahu jalan lalu melanggar sebatang pokok.