Tutup

Kerintangan antibiotik membimbangkan

Kerintangan antibiotik di negara ini di tahap membimbangkan akibat kekerapan penggunaan dan penyalahgunaan jenis ubat itu secara meluas dalam sektor kesihatan. Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahya berkata jika keadaan itu berterusan, ia akan menyebabkan jangkitan penyakit sukar diubati serta meningkatkan risiko penyebaran penyakit kepada orang lain.