Kerja baik pulih struktur tanah dalam masa terdekat

Kerja-kerja membaiki struktur tanah di kawasan tanah milik Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc) dan kerajaan negeri berhampiran Bukit Kledang akan bermula dalam masa terdekat. Ketua Pegawai Eksekutif MB Inc, Anuar Zainal Abidin berkata, pihak Pengarah Tanah dan Galian (PTG) Negeri Perak telah mengarahkan peneroka haram terlibat membaiki semula struktur tanah bagi mengelakkan sebarang hakisan cerun di kawasan berkenaan.