Kerjasama antara kaum kunci kejayaan Malaysia

Kerjasama antara kaum merupakan kunci utama untuk rakyat Malaysia menangani ancaman dan cabaran masa kini. Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo, berkata, kemajmukan yang dimiliki mesti dipertahankan dan diperkukuh untuk memastikan masa depan Malaysia yang lebih cemerlang.