Kerjasama MTDC, My EdTech wujudkan hab bangunkan industri 4.0

Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC), telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan My EdTech community pada Selasa. Jalinan kerjasama itu akan memberikan usahawan terutamanya Perusahaan Kecil dan sederhana (SME), satu platform pemudahcara untuk bergerak ke era perindustrian 4.0.