Kerjasama Pas bantu kemenangan BN di Cameron Highlands

Kerjasama dengan Pas disifatkan antara faktor utama Barisan Nasional menang dengan majoriti besar pada pilihan raya kecil Cameron Highlands. Penganalisis Politik dari Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Sivamurugan Pandian menjelaskan, tanpa kerjasama itu, mungkin persaingan merebut kerusi tradisi BN itu sengit terutama dalam meraih sokongan pengundi Melayu.