Tutup

Kerjasama PDRM dan Perhilitan banteras sindiket pemburu haram

Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr A. Xavier Jayakumar menerima baik bantuan PDRM bagi menangani kegiatan pemburuan haram terutamanya terhadap spesies Harimau Malaya yang semakin pupus. Selain kerjasama operasi penguatkuasaan bersepadu antara Jabatan Perhilitan dan polis, Pindaan Akta Pemuliharaan Hidupan Liar juga akan dilakukan bagi mengenakan hukuman yang lebih berat.