Kerjasama Wipro dengan Splash Corporation menerusi pengambilalihan

Syarikat produk rangkaian penjagaan diri Wipro Consumer Care, kini menjalinkan kolaborasi bersama syarikat penjagaan diri terkemuka Filipina, Splash Corporation menerusi pengambilalihan syarikat. Menurut Presiden Bahagian Serantau Asia Tenggara dan MENA, Kumar Chander, kerjasama ini membuka peluang kedua-dua syarikat untuk meneroka pasaran di kedua-dua negara.