Kertas putih FELDA: Selamatkan FELDA yang 'lemas'

FELDA bukan nama asing dan dikait secara langsung dengan Malaysia sebagai satu model pembangunan komuniti dan membasmi kemiskinan melalui pertanian yang sangat berjaya. Namun zaman kegemilangan itu seakan hilang ditelan zaman apabila kini FELDA lebih dikenali dengan hutang yang tinggi bukan sahaja di peringkat pusat. Malah peneroka juga menanggung hutang yang tidak pernah dihadapi sebelum ini. Justeru Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohd Azmin Ali sebelum ini berkata satu kertas putih akan dikeluarkan untuk mencari solusi kepada permasalah yang membelenggu FELDA.