Kertas putih pertahanan dibentang September ini

Kementerian Pertahanan akan mengemukakan satu kertas putih pertahanan yang menggariskan prinsip dan strategi pertahanan serta pelan pembangunan keupayaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada sidang Parlimen, September ini. Menterinya Mohamad Sabu berkata dokumen ini berperanan untuk meningkatkan kefahaman masyarakat terhadap kepentingan keselamatan serta sokongan rakyat terhadap dasar pertahanan negara.