Tutup

Kertas siasatan kes rasuah kilang haram di fasa akhir

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang di fasa akhir melengkapkan kertas siasatan kes rasuah kilang memproses serbuk kayu haram di Sungai Lembu, Penanti. Ketua Pengarahnya, Tan Sri Dzulkifli Ahmad, berkata kertas siasatan membabitkan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Pulau Pinang, Phee Boon Poh akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara dalam tempoh terdekat selepas semua siasatan lengkap.