Tutup

Kertas siasatan kes Syed Muhammad Danial diserah kepada TPP

Polis menyerahkan kertas siasatan berhubung kes kematian Syed Muhammad Danial Syed Syakir kepada Timbalan Pendakwa Raya pada Isnin. Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk, Ab. Rashid Ab Wahab mengesahkan polis sudah melengkapkan kertas siasatan kes terbabit dan mengekalkan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan Kerana Membunuh. Mangsa yang berusia 29 tahun itu maut selepas dilanggar seorang lelaki susulan perselisihan faham di Kilometer 293.5 Lebuhraya Utara Selatan berdekatan dengan Bangi 10 Ogos lalu.