Tutup

Kertas siasatan sindiket lori kebal hampir siap - SPRM

Pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini sedang menyiapkan kertas siasatan ke atas semua mereka yang terlibat dalam skandal perlindungan lori kebal di Pulau Pinang, termasuk 76 penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan orang awam. Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki berkata, pihaknya sedar kes itu merupakan sesuatu yang besar serta melibatkan kepentingan orang awam.