Kertas undi pos tak sampai? Malaysia pertimbang cara Australia

Austalia memilih pemimpin hari ini.... Dan kiraan undi masih lagi sengit hingga jam 7 malam tadi. Perkongsiannya saya kongsikan sebentar lagi. Kami bawa perhatian anda apa yang Malaysia boleh pelajari daripada proses Pilihan Raya di Australia. Antara lain... Jawatankuasa khas pembaikan sistem dan undang-undang pilihan raya (ERC) kini dalam usaha melakukan penambahbaikan bagi memudahkan pengundi melaksanakan tanggungjawab mereka. Mengambil contoh proses Demokrasi di Australia, Ketua Eksekutif ERC, Amerul Muner Mohammad berkata antara penambahbaikan yang wajar dilakukan termasuk menyediakan pusat mengundi di luar negara dan kemudahan-kemudahan lain.