Kes bunuh Siti Kharina: Reman dua suspek disambung

Tempoh reman wanita Nigeria dan lelaki Pakistan yang disyaki terlibat dalam kes bunuh Ketua Jururawat Hospital Serdang, Siti Kharina Kamarudin, disambung selama seminggu sehingga 29 Mei ini. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Fadzil Ahmat berkata bagaimanapun, permohonan untuk menyambung tempoh reman suspek lelaki warga Nigeria pula akan dibuat di Mahkamah Sepang pada Khamis.