Tutup

Kes cabul: Laporan akhir dibentang minggu depan

Laporan akhir berhubung kes gangguan seksual terhadap pegawai perubatan siswazah oleh seorang ketua jabatan sebuah hospital awam di Lembah Klang, telah siap sepenuhnya. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Zulkefly Ahmad berkata, hasil laporan berkenaan akan dibentangkan kepadanya oleh jawatankuasa khas siasatan sebelum membuat sebarang tindakan.