Tutup

Kes culik: Tiga lelaki ditahan reman empat hari

Tiga lelaki direman empat hari sehingga Rabu ini, bagi membantu siasatan kes cubaan menculik seorang remaja perempuan 15 tahun di Kampung Tok Kandang, Kangar, pagi Sabtu. Perintah tahanan reman dibenarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Kangar, Monica Joseph Gaisah.